koleksi mutiara kata cinta sasterawan negara

Cinta itu hanyalah sekali dan yang sekali itu tidak akan dapat dikikis-kikis dari jiwa manusia selagi hanyat dikandung badan...



cinta itu adalah barang suci, bukan benda buatan atau hawa nafsu yang boleh dipermain-mainkan, ditukar atau dinilai dengan harga emas kekayaan atau bangsa ketuanan. 



dari dulu sampai sekarang orang berjuang kerana cinta, orang menderita kerana cinta dan orang bahagia kerana cinta, terkadang-kadang orang nekad kerana cinta..



rindu sebenarnya menjadi baja bagi pohon cinta yang baru tumbuh..



cinta itu tidak pernah kehilangan erti



cinta sebenar nya bukan perkara yang mesti diperkatakan, tetapi mest dirasai dan dinikmati..



 kasih sayang tumbuh pada hati mana pun juga, tidak memilih yang muda atau yang tua..



kenangan lama memang manis dan nyaman. dan, kadang-kadang bergelora juga dengan gelombang-gelombang. tetapi hanya itulah sahaja yang wujud sekarang ini. sebuah kenangan adalah sebuah nikmat adalah sebuah rahmat yang sulit dibuang. ia memberi kesejahteraan di waktu-waktu seperti sekarang..



kekecewaan dalam percintaan ini bukannya bererti kekalahan, melainkan adalah pendorong kepada jalan kemenangan yang lebih berharga di dalam kehidupan yang akan datang..



ringgit dan kuasa boleh bertakhta mencairkan hati dan cinta...



dunia ini luas bagi mereka yang bercinta..



lelaki memang mudah cepat berpindah mata dan hati. lelaki lebih keluar, wanita lebih ke dalam..



cinta tidak pernah ada usia..



wanita jadi dewasa kerana cinta, sementara lelaki menjadi remaja kerananya..



cinta memang sesuatu yang biasa dan universal, tapi cinta juga sebenarnya sesuatu yang luar biasa dan terlalu peribadi...



cinta itu satu duka dan bahagia yang tidak terhurai, "satu penerimaan dan penolakan yang ganjil"...



cintamu kepada manusia mencerminkan cintamu kepada Allah.. cintamu kepada semesta, mencerminkan bagaimana kau mengasihi bukti nyata adanya Allah..


  
 

No comments: